"Everything start with purpose" ~ Sean D'Souza.
Tujuan Saya Buat TFL
Tujuannya sebab nak jemput (bukan cari ye) duit tambahan.
Dalam RM 500 sebulan buat permulaan.
Projek ini ialah untuk membantu orang yang ada laptop (students, cecikgu, kerja office) farmot laptop mereka dengan cepat, mudah dan pada harga yang berpatutan.
Ini projek suka-suka sahaja. Kalau berjaya Alhamdulillah, kalau tidak. Kita belajar daripadanya.
Cara Saya Pasarkan Servis Format Laptop
Mula-mula kita kena faham.
Apa itu marketing?
Marketing = Market + Masej + Media.
1. Market (Siapa)
Siapa yang perlu format laptop. Atau siapa yang selalu/banyak guna laptop?
- Cikgu.
- Student.
- Orang yang kerja office.
Sekarang.
Berapa ramai Cikgu/Student/Perkerja Office yang berada di kawasan kita?
Persoalannya, bagaimana kita nak tahu?
- Kenalah bersiar-siar di kawasan rumah kita.
- Buatlah market research di Facebook Audience Insights.
Tanya orang sekeliling.
Ini namanya market research.
Tujuan kita buat market research untuk lihat sama ada betul atau tidak ada orang perlukan/mahukan produk atau servis yang kita jual.
Ada banyak cara lagi untuk pastikan permintaan produk/servis kita:
- Salah satunya, tengok ada pesaing ke tidak (Kalau ada bagus. Sebab kalau ada orang menjual maksudnya ada orang membeli).
- Google keyword research.
Bila dah pasti ada orang mahu/perlu apa yang kita jual. Maka baru kita mula menjual.
2) Masej (Apa yang Pelanggan Mahu?)